Trend Digital Ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia dah berubah… dah tak macam dulu! Semua nak pantas dan mudah seperti adanya Instagram.
Kos untuk buat iklan di Facebook semakin mahal! Kalau dulu, satu klik anda boleh dapat dengan nilai 1 sen, tapi sekarang.. ianya mungkin hanya dalam mimpi sahaja!
Mahu buat iklan percuma di facebook?Tinggal harapan sahajalah.... Kadar capaian (reach) bagi setiap post di facebook kini sangat sedikit. Jika anda mahu post anda dilihat oleh ramai orang.. anda kena bayar!
Jika dulu.. orang suka sembang, lepak & borak-borak dekat Facebook Group, tetapi sekarang tidak lagi, dengan kadar capaian yang sangat rendah dan dipenuhi dengan pelbagai iklan…
Orang dah mula berpindah ke Instagram sebagai tempat mereka berkumpul dan berinteraksi antara mereka..
Ebook ini terbahagi kepada 7 bahagian. Berikut adalah perincian setiap bahagian yang anda akan dapat:
Bahagian Pengenalan
Dalam bahagian ini, saya cerita formula asas cara memasarkan produk di Instagram. Apa step-by-step yang anda kena ikut secara ringkas. Sebelum pergi advance, anda kena tahu ilmu asas ini.
Ia umpama gambaran umum, supaya anda nampak dengan jelas: “Oh, ini yang aku kena buat dulu…”. Ia penting agar anda tidak tersipu-sipu selepas baca ebook ini.
Bahagian 2: Apa Itu Instagram?
Pada bahagian ini, saya akan kongsikan serba-ringkas tentang Instagram. Daripada segi fungsi, ciri-ciri & manfaat yang anda boleh lakukan.
Jangan terkejut! Walaupun anda dah guna Instagram sebelum ini, namun masih ada fungsi anda tak tahu. Tunggu & lihat yer….
Bahagian 3: Kenapa Kedai Online Instagram?
Untuk pastikan seseorang membuat keputusan memulakan sesuatu. Mereka perlukan sebab yang kuat untuk bermula…
Atas dasar itu, saya wujudkan satu bahagian khas untuk bantu anda bermula. Saya serius nak bantu anda.
Saya tak mahu anda rugikan duit anda untuk ilmu yang tak diamalkan. Pada bahagian ini, saya ceritakan 4 sebab utama kenapa anda perlu bermula
menjual di Instagram..
Bahagian 4: Langkah-langkah Meletupkan Jualan Di Instagram
Saat yang ditunggu telah tiba. Pada bahagian ini, anda akan ditunjukkan secara praktikal.
Apa yang anda perlukan untuk buka kedai IGShop di Instagram? Bagaimana cara-caranya? Apa yang perlu anda skip (langkau) & apa yang perlu diberikan perhatian?
Apa elemen wajib yang mesti ada dalam kedai anda? Ada 6 elemen penting mesti anda lengkapkan sebelum jual apa-apa produk atau servis. Semua akan ditunjukkan.
Bahagian 5: Bina Follower.
Ini adalah bahagian paling bernilai. Ada kedai sahaja tak cukup kalau orang tak tahu kewujudan kedai anda. Anda kena ada follower yang…
Targeted – Memang minat produk atau servis anda.
Aktif – Jenis yang suka like, komen & tag rakan mereka.
Real – Manusia sebenar bukan robot.
Ya, inilah kunci kejayaan besar berniaga di Instagram. Untuk mendapatkan ketiga-tiga ciri follower ini, saya bahagikan kepada 2:
Kaedah Mekanikal. (saya akan ajar)
Kaedah Organik. (saya akan ajar).
Saya akan perincikan untuk anda nampak gambarannya…
Bahagian 6: Berinteraksi Dengan Follower Anda.
Bab ini ramai orang fail. Ramai yang saya lihat, bila dah dapat ramai follower. Terus upload gambar produk. Jual, jual & jual.
Itu bukan caranya. Nanti dulu, belum masanya lagi menjual.
Saya akan tunjukkan 9 rahsia & petua untuk berinteraksi secara santai dengan follower. Saya beri contoh bergambar. Semua ada dalam ebook ini!
Saya bocorkan satu aplikasi canggih yang saya guna untuk cipta keunikan dalam gambar anda yang anda post. Tak perlu upah designer…
Ingat! Instagram mengutamakan gambar. Gambar cantik, follower suka. ?
Bahagian 7: 9 Point Emas Posting Dalam Instagram!
Bahagian akhir, saya berikan anda 9 panduan penting dalam melakukan posting di akaun instagram anda. Anda boleh gunakan 9 tips yang saya berikan di dalam bab ini untuk memaksimakan reach dan engagement bagi setiap post yang anda hasilkan.
Nak tahu cara-caranya? Ada saya kongsikan ia dalam bahagian ini. Ia akan membuatkan post anda mendapat lebih banyak reposn daripada biasa!
Seramai 2.81% orang akan respon (like, komen, tag) di Instagram berbanding Facebook hanya 0.25% dan Twitter hanya 0.21%.